Mesra Mall Kemasik

Fail:Mesra Mall Kemasik Kertih Kemaman Terengganu.jpegPusat membeli belah Mesra Mall di Kemasik yang menawarkan kiosk perniagaan jenama antarabangsa untuk semua peringkat umur.

Mesra Mall adalah sebuah pusat membeli belah moden yang mesti dilawati jika berkunjung ke Kemasik, dengan hanya satu-satunya kompleks panggung wayang (Cineplex) di Terengganu, pusat boling dengan 24-lorong, gelanggang skuasy, sebuah gelanggang futsal berhawa dingin, dan medan selera kontemporari direka khas dalam kompleks membeli belah ini.

Dibuka pada 10 Oktober 2009, MESRA MALL telah dibina di atas tapak seluas 30 ekar, dengan keluasan binaan 315,000 kaki persegi lebih daripada satu tingkat. Ia berfungsi sama seperti mall di bandar-bandar besar yang lain dengan mempunyai campuran perkedaian runcit dan gudang pakaian dengan jenama global yang menjadikan Mesra Mall sebagai hub atau pusat sehenti untuk membeli-belah, perbankan, makan, leisure dan hiburan bagi penduduk Kemasik dan Kemaman.

Disini juga terdapat sebuah dewan serbaguna 20,000 kaki persegi yang terbesar dengan jejari 50 meter, pusat konvesyen dan sesuai untuk menjadi tuan rumah pameran, jamuan katering untuk 800 tetamu, dan acara pemasaran. Mesra Mall telah dibangunkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd dan adalah anak syarikat milik penuh KLCC (Holdings) Sdn Bhd.